Showing posts with label Bicara. Show all posts
Showing posts with label Bicara. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

ada krisis ke...?


lama dah tak update blog ni...bukannya sibuk...tapi kurang idea n lebih suka baca orang lain punya blog...

time semangat nak menulis ni...nak cerita la skit pasal status kebimbangan dalam ekonomi dunia ni skit...sebab ada juga pelabur saya yang tanya pasal krisis kewangan Eropah...especially Greece...n pasal jerebu debu gunung berapi Iceland yang dok termuntah-muntah tu...n tak lupa juga pasal ke'goyangan' USD semenjak dua menjak ni....

soalan yang kerap ditanya..."Malaysia effect tak?"

jawapan saya bagi pelabur agak mudah..."effect tu akan ada...cuma sebesar mana kita tak tahu...wait n see...but please remember the objective n target...insyaAllah...ni semua kesan ekonomi sekular...ekonomi Islam akan jelas lepas ni..."

sebenarnya saya kurang gemar bercakap pasal ekonomi dunia dengan pelabur saya...sebab kekadang takut2 saya tertrigger something yang silap n effect the whole objectives of investing in Unit Trust...tapi kalau diaorang ada tanya...kita kena jawab la...that's why unit trust consultant mesti aware pasal perkara2 yang berlaku di sekeliling...lebih2 lagi yang ada kaitan dengan ekonomi dan kewangan...

saya tak nak bercerita pasal ekonomi kat sini...banyak lagi tempat untuk mendapat maklumat yang lebih terkini dan tepat pasal Europe Debt Crisis ni...pasal PIIGS...cuma ingatan buat my downlines n other UT consultants...berita kena tahu...jangan silap bagi info...makan diri nanti...



cuma satu je...kesian dengan sorang pelabur saya yang terkesan dengan kelemahan Dollar US sekarang ni....ye la...dia orang bisness....client dia plak international punya company....n payment plak pakai USD...last payment yang dia terima pakai USD ni...dia dah lost almost 10k...n dalam masa terdekat ni nak masuk lagi payment almost half a million...nak bayar pakai USD jugak...haru...haru

so...their consultants...jaga pelaburan pelabur anda...n harap2 krisis sebegini akan menzahirkan kesempunaan sistem kewangan berasaskan Islam...

..see ya

Tuesday, March 16, 2010

Turun...naik

Trend turun naik market ni kadang2....jika kita asyik follow...kita akan jadi pening...bukan ape...sesetengah investor unit trust ni kadang2 akan menganggap pelaburan mereka di dalam unit trust ni sebagai stock market atau kata lain "main saham"....





Kenaikan atau penurunan dalam pasaran saham adalah perkara biasa dalam dunia pelaburan...apatah lagi sekiranya pelaburan yang secara langsung dengan saham Bursa...dan...memang tidak dinafikan bahawa unit trust juga berhubung secara langsung dengan Bursa...akan tetapi harus diingat...unit trust adalah berbeza dengan main saham...kerana kita bukannya involve directly dengan stock market...dan bukan keseluruhan pelaburan yang dilakukan adalah dalam bursa saham...unit trust mempunyai beberapa intsrumen lain yang digabungkan di dalam satu portfolio untuk mengurangkan seterusnya meminimumkan risiko pelabur...sebagai contoh...Bond dan Money Market...

Paling penting harus diingat oleh para pelabur...dan juga consultant unit trust...pelaburan dalam unit trust ni adalah untuk jangka panjang dan bermatlamat....penting bagi para pelabur untuk memahami risiko yang terdapat dalam unit trust sebelum mereka melabur...dan kalau boleh tetapkan matlamat jangka sederhana atau panjang untuk pelaburan yang dibuat...

Amat malang bagi pelabur yang kurang faham tentang risiko dan matlamat pelaburan ini...ramai juga pelabur yang menarik keluar pelaburan mereka pada saat2 yang genting....iaitu semasa tempoh penurunan...sedangkan mereka baru melabur dalam tempoh yang singkat...

Ini mungkin juga kerana mereka tidak mendapat maklumat dan penerangan yang betul semasa mereka mula melabur....so...para consultant...berhati2 semasa memberi penerangan....baik untuk pelabur...baik juga untuk kita..

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H


Kepada para pelabur...terima kasih kerana masih percayakan khidmat saya dan yakin dengan pelaburan berasaskan Syariah di Public Mutual...

Kepada konsultan-konsultan saya...terima kasih kerana masih bersama saya dalam kerjaya yang mulia ini...semoga kita akan berusaha lebih gigih lagi dalam mencapai matlamat diri dan mengembangkan lagi sistem pelaburan berasaskan Syariah di negara kita...

Juga rakan-rakan seperjuangan di Public Mutual...ribuan terima kasih diucapkan kerana membantu saya dalam kerjaya ini...semoga kita akan lebih berjaya di tahun-tahun akan datang dalam meletakkan Public Mutual Syariah Based Fund di tempat teratas...

Tahniah juga kepada sesiapa sahaja yang meng'HIJRAH'kan fokus ekonomi dan kewangan sendiri ke arah Islamik...

Sama-sama kita memastikan kewangan berteraskan Syariah menjadi peneraju ekonomi diri...keluarga...masyarakat dan negara kita...insyaAllah

Selamat menyambut tahun baru Hijrah....semoga kehidupan kita akan bertambah berkat dan lebih baik dari tahun-tahun sebelum...

Thursday, December 17, 2009

Halatuju...

Assalamualaikum...

Di sini saya ingin berkongsi satu pengalaman dalam kerjaya saya dalam unit trust...yang mana apabila ditanya tentang hala tuju saya dalam industri ini...tentang apa yang drive saya untuk menjadi konsultan dalam unit trust? Biasanya saya akan menjawab...saya ingin mengajak seramai mana yang saya boleh untuk melabur di dalam unit trust Islamik....dan insyaAllah...saya akan mengambil dan memiliki CIFP dalam masa lima tahun lagi...

Maka...ada yang bertanya....


Kenapa fokus kepada unit amanah Islamik?

Sebab yang paling utama ialah...kerana saya adalah seorang Islam...dan orang Islam memang wajib melakukan kerja yang berkaitan dengan agamanya...dan yang lebih penting lagi...menceritakan dan mengajak orang lain turut sama terlibat...secara langsung atau tidak dalam kewangan berteraskan Syariah yang mulia...

Juga...dana2 amanah Islamik adalah kalis krisis...sepertimana yang ditulis dalam artikel ini...jadi...pelabur2 dana2 Islamik akan menikmati ketenangan fikiran yang lebih...yang mana...di dunia pelaburan mereka mempunyai risiko yang kurang berbanding konvensional...dan juga di akhirat...iaitu pelaburan mereka ini bebas dari unsur2 riba dan syubhah...

Kalau dulu....masih ramai dari kita yang kurang percaya dengan kelebihan dana2 islamik...tapi kini senario itu telah berubah...dana2 islamik sekarang adalah setanding dan ada juga yang telah mengatasi prestasi dana2 konvensional...

Ini dapat dilihat dari prestasi dana2 Islamik di dalam Public Mutual di bawah..



PAIF: Pulangan setahun 44.97%


PIOF: Pulangan 3 tahun 85.01%


PIEF: Pulangan 4 tahun 60.75%


PITTIKAL: Pulangan 10 tahun 167.26%


Bagaimana pula penerimaan orang bukan Islam?

Walaupun saya cuma mempunyai seorang sahaja pelabur bukan Islam dalam senarai pelabur saya...tapi dari maklumat yang saya ketahui...ramai diantara consultant2 bukan Islam di Public Mutual yang melaburkan duit mereka sendiri ke dalam dana2 Islamik...lebih2 lagi setelah berlakunya wabak SARS dan H1N1 baru2 ini...

Ini kerana...mereka faham tentang konsep dan strategi pelaburan dana2 Islamik...dan juga dapat dilihat dari penerimaan perbankan Islam di Malaysia...pengguna produk perbankan Islamik terbesar di negara kita adalah dari kaum Cina...jadi...mereka ini memang mengetahui kebaikan dan kelebihan kewangan Islam daripada kita yang Islam ni...cuma hidayah belum sampai kepada mereka..


Prospek Unit Amanah Islamik?

Jika kita melihat dari penerimaan orang bukan Islam terhadap produk kewangan Islam...maka saya rasa tiada masalah prospek pemasaran dalam bisnes ini....cuma bagi orang Islam...especially Melayu...pendedahan dan pemahaman perlu lebih ditekankan...ini kerana gelombang Islamisasi dalam kewangan sekarang semakin meluas...

Lihat saja loan rumah...loan kereta...takaful dan saving...semua orang sudah memilih yang Islamik...kesedaran terhadap kewangan Islam semakin meningkat...bukan sahaja di Malaysia...tapi juga di seluruh dunia....

Boleh dikatakan...hampir semua dari prospek yang saya jumpa...akan terus bertanya...adakah dana yang saya tawarkan ini Islamik? dan itu antara soalan utama yang ditanya prospek yang beragama Islam...sebelum soalan untung rugi dan lain2...


Prospek dalam industri ini?

Sepertimana yang saya tulis dalam entri Pengenalan....saya masih belum nampak yang "industri melabur duit untuk masa depan" ni akan mengalami penyusutan dan tergugat...

Setiap hari ada orang menyimpan duit di bank...

Setiap hari akan ada orang yang akan cukup baki akaun 1 dalam KWSP untuk dikeluarkan...

Setiap hari juga ada orang yang akan ke kaunter ASB/ASN/ Tabung Haji untuk menabung...

Juga...setiap hari akan ada orang yang akan mencari2 tempat pelaburan yang lebih menguntungkan....

Dan tugas saya sebagai konsultan...bercakap...bercerita...berkongsi dan membantu mereka2 ini dalam proses yang hampir setiap hari mereka buat...MENYIMPAN WANG

Wednesday, December 9, 2009

Dilema Penjawat Awam

Di negara kita...ada terdapat lebih kurang 1.2 juta penjawat awam yang bekerja dalam berbagai sektor di seluruh negara...dari pegawai atasan hinggalah ke kerani bawahan...dan jumlah penjawat awam akan meningkat saban tahun walaupun terdapat pusing ganti antara yang bersara dan yang baru dapat kerja...

Kadar tangga gaji bagi penjawat awam juga telah banyak berubah...dan setiap tahun...ada saja permintaan untuk kenaikan gaji dari badan2 yang bertanggungjawab seperti CEUPACS...dan juga permintaan untuk anjakan tempoh bersara wajib bagi kakitangan kerajaan...ini menunjukkan yang ramai dari penjawat awam ni yang tak mahu berhenti kerja...alasan...terpulang masing2...

Bagusnya kerja dengan kerajaan ni...bila bersara...kita akan mendapat pencen...dan pencen itu akan terus bersambung ke isteri...dan anak2 yang belum cukup umur...maknanya...keluarga tidak akan terabai dari segi kewangan sekiranya si pencari nafkah telah tiada...

Persoalannya disini...cukup ke dengan wang pencen sahaja?



Kita mula dengan senario penjawat awam yang baru bekerja....gaji paling kurang pun...jika ada Degree...RM 1800++...tapi ni bukannya gaji bersih...tolak pula dengan KWSP untuk 3 tahun yang pertama...sebelum diberikan pilihan samada ingin memilih caruman tetap KWSP atau skim pencen...dan rata2 penjawat awam akan memilih skim pencen...satu pilihan yang bijak...bagi pendapat saya...

Kenapa?

Ini kerana skim pencen adalah satu skim yang amat menguntungkan pekerja....ditambah pula dengan purata hayat rakyat Malaysia yang semakin tinggi...juga kos2 berkaitan yang semakin meningkat saban tahun....tahap kesuburan juga tinggi...maka penerima skim pencen ini akan menikmati pencennya dengan lebih lama....dan ia seprti gaji...tanpa perlu berkhidmat 9-5...

Tetapi...bagi majikan...atau kerajaan...ianya amat membazir...dan merugikan kerana terpaksa membayar wang kepada non-productive citizen....setiap bulan...tanpa mendapat hasil secara langsung dari para pensioners ni...tapi ini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan...mereka yang pencen ni pernah berbakti kepada kerajaan suatu masa dulu...

Jadi...sesiapa yang boleh membuat pilihan sebegini...ambillah skim pencen...n kalau boleh biar la panjang umur...

Berbalik kepada senario tadi...dalam 3 tahun pertama...gaji akan dipotong ke KWSP...jadi...mungkin kurang la skit yang dapat...mungkin kurang seratus dua....tapi...makan cukup...perbelanjaan ok...kereta tak kena tarik...dapur pun berasap...

Selepas 3 tahun...ambik skim pencen...gaji dah tak kena potong masuk KWSP dah...dapat full dah...n siap boleh dapat balik lagi caruman individu dari KWSP...mungkin bagi yang beringat2...duit KWSP tadi akan dilabur....mungkin ke dalam Public Mutual...mungkin juga buat beli aset...rumah...tanah...

Tapi...adakah kehidupan kita akan berubah 100% dengan hanya pertambahan kembali dalam pendapatan sebanyak 11% setiap bulan? Jawapannya tidak....mungkin berubah sikit la...tapi takde orang nak perasan pun...

Berbalik pada wang pencen...cukup tak?

Macammana kalau kita ada wang pencen dan KWSP sekaligus semasa kita bersara kelak....mungkin usia senja kita akan lebih menarik...

Umrah setahun sekali...Honeymoon buat kali yang ke 2..3..4..5..dan seterusnya...buat amal jariah...terlibat dengan majlis2 ilmu...join the club (bukan night club ye..) atau menadah kitab di pondok2...dengan penuh ketenangan...kepala tak runsing...pencen masuk...saving banyak...kebebasan kewangan secara total....


Semua ini boleh kita jadikan kenyataan melalui simpanan secara tetap ke dalam akaun pelaburan i.e Public Mutual...yang boleh memberi pulangan konsisten...dan jadikan pelaburan ini sebagai "KWSP" kita...tetapkan jumlah pelaburan sepertimana potongan KWSP terdahulu dan buat auto debit...

Sama macam caruman KWSP kita dulu...pelaburan kita akan berkembang secara konsisten....dan kali ini 100% pelaburan kita patuh syariah dan pulangan lebih tinggi dari KWSP...

Jadi...tak ada apa yang kurangnya jika kita continue melabur menggunakan jumlah caruman KWSP kita sebelum ini...kalau sebelum ni wang gaji dipotong masuk ke KWSP kita masih hidup sihat wal afiat...melabur setiap bulan ke dalam Public Mutual pun tak akan membuatkan kita kebuluran....fikir-fikirlah wahai orang yang kerja "gomen"....



Jangan jadikan ini satu dilema...pilih skim pencen...teruskanlah melabur...bila time pencen...sambil borak kedai kopi...kita boleh berkata:

"aku ada pencen...tapi aku ada jugak 'KWSP'...kau ada?"

tapi...adakah kita melabur?


sambungan dari post...

Kita memang menyimpan...

Ramai antara kita...apabila disebut risiko...kita akan cuba sedaya upaya mengelak darinya...sedangkan hidup kita di bumi Allah ni tidak pernah terlepas dari menghadapi risiko...cuma yang membezakannya adalah besar atau kecilnya risiko yang dihadapi...

Pepatah kewangan ada menyebut...high risk...high return...semakin tinggi tahap risiko kewangan yang kita berani ambil...lagi tinggi pulangan yang bakal kita perolehi kelak....tapi ini bergantung kepada tahap kesediaan kita menghadapi risko kewangan tersebut...dan apabila kita berbicara tentang risiko kewangan...sudah tentu kita akan berbicara tentang PELABURAN....

Dalam post sebelum ini saya ada menyebut tentang pengorbanan yang perlu dilakukan dalam mencapai kepuasan kewangan diri...dan pengorbanan itu ialah "penerimaan risiko"...yang mana ianya pasti ada di dalam setiap pelaburan yang dilakukan...bukan namanya pelaburan sekiranya ia tiada risiko...walaupun kecil...apatah lagi dalam pelaburan berasaskan Syariah...confirm tak ada term "capital guaranteed"....

Di sini...saya akan membincangkan tentang instrumen pelaburan yang sememangnya patut ada dalam proses mencari kebebasan kewangan....dan pelaburan ini adalah sebagai pelengkap bagi hirarki kewangan individu...dan ianya juga mempunyai tingkatan yang berbeza2...


Tingkat terbawah dalam hirarki kewangan individu ialah simpanan kecemasan (emergency cash)....dan ini adalah tahap kritikal yang sememangnya wajib ada dalam perancangan kewangan kita...ia bermaksud...simpanan yang amat cair dan boleh digunakan serta merta semasa berlakunya kecemasan dalam hidup...umpamanya kehilangan kerja...kebakaran...bencana alam dan lain2...dan mengikut pakar2 kewangan...simpanan ini haruslah mampu menampung kehidupan pemiliknya dan keluarga selama sekurang2nya 6 bulan....dalam kata mudah...6 kali gaji atau 6 bulan perbelanjaan biasa keluarga...

Tingkat yang seterusnya...simpanan biasa...untuk kegunaan biasa kehidupan dalam menampung perbelanjaan dalam jangka...biasanya ini adalah lebihan daripada perbelanjaan asas dan sudah ditolak simpanan/pelaburan.

Insurans/takaful pula berada di ranking ke-3 turutan kepentingan...dan bagi insurans/takaful...tulisan khas akan dibuat bagi memperjelaskan kepentingan dan do's and don'ts dalam pemilikan polisi insurans/takaful...

Di tangga ke-4 pula...barulah kita masuk ke dalam bab pelaburan...yang mana pelaburan yang dibuat bagi menampung kekurangan yang ada dalam portfolio penyimpanan kita...iaitu mendapat keuntungan pasif...dan skim pelaburan terbaik bagi individu buat masa ini ialah Unit Amanah/Unit Trust kerana pengurusan yang profesional dan paling established...juga pelaburan di dalam koperasi2 atau firma2 berdaftar dan sah di sisi undang2...jangan masuk money game shceme atau skim cepat kaya sudah...itu buka pelaburan...ianya lebih kepada gambling...



Turutan berikutnya ialah hartanah atau properties...kenapa saya meletakkan hartanah selepas pelaburan berisiko rendah/sederhana? memang ada sesetengah perunding kewangan yang meletakkan hartanah sebelum Unit Trust...tapi saya lebih suka sebaliknya kerana melalui pelaburan hartanah...kita sudah mula membeli aset...atau bagi tujuan pelaburan...mengumpul aset...dan ini boleh dilakukan selepas kita bermula dengan intro pelaburan iaitu Unit Trust atau yang seangkatan dengannya....dan pelaburan hartanah memerlukan modal yang besar disamping tempoh jangkamasa yang lebih panjang...juga berstrategi....

Dan tingkat tertinggi hirarki kewangan individu ialah apabila kita sanggup untuk menerima tahap risiko yang paling tinggi demi mendapat pulangan yang lumayan....dan setakat hari ini....cara yang paling daring sekali ialah dengan menceburkan diri dalam urusniaga saham/pemilikan saham...dan tahap ini memerlukan seseorang itu memiliki pengetahuan dan keberanian sebelum terjun ke dalam kancah 'main saham' ni....


Dalam rajah perbandingan pulangan di atas...dapat disimpulkan....tahap risiko yang dihadapi/sanggup dihadapi vs pulangan yang bakal diperoleh...dan peratusan pulangan yang diletakkan diatas adalah berdasarkan track record terdahulu dan adalah di tahap pertengahan sahaja....sesiapa yang dah melabur sahaja yang tahu berapa tingginya pulangan dari pelaburan mereka...

jadi...jom MELABUR...tambahkan lagi portfolio simpanan/pelaburan kita untuk mencukupkan kuota 50% simpanan/pelaburan kita untuk masa depan persaraan kita...

KWSP=23% + Insurans/Takaful=10% + Unit Amanah=17%
v
v
v
v
50% simpanan/pelaburan...

dan sekarang...kita boleh berbangga dengan rancangan kebebasan kewangan dan persaraan kita...

Selamat Melabur...

Monday, December 7, 2009

Kita memang menyimpan...

Ya...ramai antara kita yang menyimpan...simpan tenaga...simpan rahsia...juga kita menyimpan duit..sedar tak sedar...memang kita menyimpan sesuatu untuk kegunaan masa kelak...untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati dan kepuasan diri..



Dalam tulisan ini...kita tidak akan membincangkan simpanan tenaga atau rahsia...tapi kita cuba kongsikan tentang penyimpanan duit atau rezeki yang Allah kurniakan pada kita...sedar atau tidak....kita memang menyimpan duit untuk satu waktu yang kadangkala kita tahu dan juga kita tidak tahu bila kita akan menggunakan duit tersebut...atau ianya akan menjadi hak milik orang lain setelah ia bertukar menjadi harta pusaka...

Itulah yang saya istilahkan sebagai rezeki....sesuatu yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya untuk dimiliki secara sementara...yang dapat digunakan di atas muka bumi...atau ianya adalah hak milik orang lain...anak2...orang2 miskin, anak2 yatim atau fisabilillah...mungkin juga simpanan yang kita lakukan selama ini adalah rezeki orang lain...yang kita tak akan dapat merasanya semasa kita hidup...kerana memang harta orang2 miskin itu ada di tangan2 orang2 kaya....

Setiap hari kita memikirkan tentang duit...simpanan duit kita...adakah cukup atau tidak...sedangkan....bagi orang2 biasa...yang bekerja makan gaji...setiap bulan mereka menyimpan....lebih kurang 11% daripada gaji disimpan di dalam KWSP...ditambah lagi simpanan oleh majikan sebanyak...lebih kurang 13%...jadi...secara tidak langsung...mereka ini menyimpan untuk hari tua....tapi cukup kah?

Ramai juga antara kita yang memiliki polisi insurans...itu pun boleh kita istilahkan sebagai menyimpan...yang mana risiko kewangan terhadap diri kita dipindahkan kepada syarikat takaful/insurans...premium yang dibayar setiap bulan itu akan dapat menampung perbelanjaan kita ketika kita ditimpa bencana...bukankah itu juga menyimpan...dan simpanan ini lebih kurang 10% daripada pendapatan kita setiap bulan...

Duit lebihan dari gaji, selepas ditolak perbelanjaan juga biasanya disimpan di bank...setidak-tidaknya disimpan untuk saat2 genting dihujung bulan....juga untuk kegunaan kecemasan diwaktu2 tertentu...tapi ini bukanlah jenis simpanan yang kita ingin bincangkan...ini dikira senario biasa bagi masyarakat kita...

Dalam perancangan kewangan...simpanan amat penting dalam kitaran kewangan seseorang individu...dan ia mempunyai hirarki2 yang tertentu dalam mencapai kebebasan kewangan...tapi...cukupkah hanya dengan simpanan? jawapan bagi soalan ini...TIDAK CUKUP!!

Seperti yang dinyatakan diatas...perancangan kewangan mempunyai hirarki...seperti juga hirarki Maslow...ia mempunyai tingkatannya yang tersendiri....dan tingkatan yang terbawah adalah SIMPANAN....dan untuk mencapai ketingkat yang seterusnya...kita memerlukan instrumen kewangan yang lain dan memerlukan sedikit pengorbanan...



Instrumen lain yang dicadangkan akan dihuraikan dalam post yang berikutnya...juga saya akan cuba memasukkan rajah hirarki kewangan individu mengikut perspektif umum yang dipelajari....

Akan tetapi...jika dilihat akan simpanan langsung dan tidak langsung yang biasanya kita lakukan setiap bulan...itu pun sudah melepasi 30% dari keseluruhan pendapatan kita...tetapi...sanggupkah kita mencukupkan angka peratusan itu menjadi 50% dari pendapatan kita untuk mencapai kebebasan kewangan di masa depan...nanti kita bincangkan bersama...dalam post berikutnya...

Selepas ini...kita boleh berkata...aku menyimpan separuh dari pendapatanku untuk masa depan ku...

bersambung....

Sunday, November 29, 2009

Perkenalan saya dengan UT...

Disini saya ingin bercerita tentang perkenalan pertama penulis dengan industri Unit Amanah dan mula mengenali Unit Amanah dalam hidup...

Ramai antara kita yang mengenali ASB/ASN...dan yang seangkatan dengannya...tapi bila disebut unit amanah atau unit trust...ramai yang terpinga-pinga...dan secara automatik akan mengaitkan unit amanah dengan Bursa Saham...main saham...mainan orang-orang berduit sahaja...

Jarang yang saya jumpa...mengetahui secara detail tentang Unit Trust/Unit Amanah ni...dan kadang2 ada jugak pelabur yang memang tak tahu langsung pasal pelaburan ni...main letak je...tapi takpe la...sebab duit pelaburan akan diuruskan oleh para pengurus dana profesional...bukan orang sebarangan...macam skim cepat kaya...

Perkenalan saya dengan perkataan Unit Trust ni...ialah pada suatu malam di hadapan kolej Canselor, UPM....iaitu pada hari semua student mendapat loan PTPTN atau yang seangkatan dengannya...

Saya ada menegur seorang gadis Cina yang kebetulan coursemate...apa yang dia nak buat dengan duit loan baru dapat ni...dia dengan selamba berkata " beli buku...bayar insurans n simpan la dalam Unit Trust...kasi dapat untung skit"...

Masa tu saya cuma angguk...bagus betul orang Cina ni...dia dah ajar anak2 dia beli insurans dan menabung sendiri...tapi apa itu Unit Trust yang dia sebut tu....dan sememangnya saya zero pasal Unit Trust ni...tak pernah dengar pun...sehinggalah saya ada terbaca satu berita tentang unit trust ni dalam satu akhbar...tapi sekadar baca...jadi tahu la skit2 pasal harga unit n bentuk pelaburan dia...dalam hati cuma fikir...lebih kurang ngan ASB la ni...

Dan, pada tahun akhir pengajian...saya mengikuti kursus diploma Investment Analysis...kerjasama antara UPM dan RIIAM...dan selepas itu...barulah pandangan saya tentang pelaburan dan instrument2 yang berkaitan pelaburan semakin jelas....dan salah satunya ialah Collective Investment atau unit trust...


Selepas tamat pengajian di UPM...saya mendapat tahu yang beberapa orang coursemate saya telah menjadi consultant Unit Trust...dan mereka amat success dalam bidang ni...dan apabila ditanya tentang prospek dan kebaikan kerjaya ni....mereka hanya menjawab..."kita cuma tolong orang simpan duit...dari tempat syubhah ke tempat halal...dari tempat yang berkeuntungan rendah kepada tinggi...dan orang Melayu masih ramai yang belum menyimpan dalam Unit Trust...kita tolong la bangsa kita"....

Dan prospek industri ni pulak....masih ada lebih dari 50 billion duit orang Melayu di dalam ASB yang jelas syubhah (ya...majlis Fatwa Kebangsaan kata HARUS...tapi majlis penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti masih mengatakan HARAM)...dan KWSP membenarkan pencarumnya melabur dalam Unit Trust...dan duit dalam KWSP ada lebih dari 200 billion...yang juga status halal haram dividennya amat diragui....

Jadi...saya mengambil inisiatif untuk menjadi consultant Public Mutual sepenuh masa...yang mana saya dapat membantu diri...keluarga...rakan2 dan masyarakat untuk menyimpan....

Sekian salam perkenalan....

Tuesday, October 27, 2009

Muqaddimah dari penulis

Assalamualaikum...

Lahirnya blog ini adalah untuk membicarakan dan berkongsi maklumat dan ilmu berkaitan Unit Amanah, juga membincangkan isu-isu terkini dalam industri Unit Amanah di Malaysia.

Penulis adalah seorang penyelia perunding Unit Amanah bagi Public Mutual Bhd dan berpengalaman dalam bidang pengurusan pelaburan, risiko dan pemasaran selama lebih kurang 5 tahun. Penulis adalah berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (UPM) dan Diploma Analisis Pelaburan (RIIAM-UPM), juga ahli FIMM (dulu dikenali sebagai FMUTM) dan LIAM sejak 4 tahun lalu.

Segala yang dipaparkan dan ditulis di blog ini adalah dari buah fikiran dan pendapat penulis sahaja...berdasarkan pengetahuan dan pengalaman penulis sendiri di dalam industri Unit Amanah, juga diceduk dari pendapat-pendapat rakan seperjuangan, buku-buku, pakar-pakar dan dari sumber-sumber yang penulis rasa sesuai dilampirkan...

Sebarang cadangan dan pendapat bagi memperbaiki blog ini dan diri penulis didahului dengan ucapan terima kasih...

AHMAD SUHAILI HASSAN (MFAS)