Wednesday, December 9, 2009

Dilema Penjawat Awam

Posted on Wednesday, December 09, 2009 by Ahmad Suhaili Hassan

Di negara kita...ada terdapat lebih kurang 1.2 juta penjawat awam yang bekerja dalam berbagai sektor di seluruh negara...dari pegawai atasan hinggalah ke kerani bawahan...dan jumlah penjawat awam akan meningkat saban tahun walaupun terdapat pusing ganti antara yang bersara dan yang baru dapat kerja...

Kadar tangga gaji bagi penjawat awam juga telah banyak berubah...dan setiap tahun...ada saja permintaan untuk kenaikan gaji dari badan2 yang bertanggungjawab seperti CEUPACS...dan juga permintaan untuk anjakan tempoh bersara wajib bagi kakitangan kerajaan...ini menunjukkan yang ramai dari penjawat awam ni yang tak mahu berhenti kerja...alasan...terpulang masing2...

Bagusnya kerja dengan kerajaan ni...bila bersara...kita akan mendapat pencen...dan pencen itu akan terus bersambung ke isteri...dan anak2 yang belum cukup umur...maknanya...keluarga tidak akan terabai dari segi kewangan sekiranya si pencari nafkah telah tiada...

Persoalannya disini...cukup ke dengan wang pencen sahaja?



Kita mula dengan senario penjawat awam yang baru bekerja....gaji paling kurang pun...jika ada Degree...RM 1800++...tapi ni bukannya gaji bersih...tolak pula dengan KWSP untuk 3 tahun yang pertama...sebelum diberikan pilihan samada ingin memilih caruman tetap KWSP atau skim pencen...dan rata2 penjawat awam akan memilih skim pencen...satu pilihan yang bijak...bagi pendapat saya...

Kenapa?

Ini kerana skim pencen adalah satu skim yang amat menguntungkan pekerja....ditambah pula dengan purata hayat rakyat Malaysia yang semakin tinggi...juga kos2 berkaitan yang semakin meningkat saban tahun....tahap kesuburan juga tinggi...maka penerima skim pencen ini akan menikmati pencennya dengan lebih lama....dan ia seprti gaji...tanpa perlu berkhidmat 9-5...

Tetapi...bagi majikan...atau kerajaan...ianya amat membazir...dan merugikan kerana terpaksa membayar wang kepada non-productive citizen....setiap bulan...tanpa mendapat hasil secara langsung dari para pensioners ni...tapi ini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan...mereka yang pencen ni pernah berbakti kepada kerajaan suatu masa dulu...

Jadi...sesiapa yang boleh membuat pilihan sebegini...ambillah skim pencen...n kalau boleh biar la panjang umur...

Berbalik kepada senario tadi...dalam 3 tahun pertama...gaji akan dipotong ke KWSP...jadi...mungkin kurang la skit yang dapat...mungkin kurang seratus dua....tapi...makan cukup...perbelanjaan ok...kereta tak kena tarik...dapur pun berasap...

Selepas 3 tahun...ambik skim pencen...gaji dah tak kena potong masuk KWSP dah...dapat full dah...n siap boleh dapat balik lagi caruman individu dari KWSP...mungkin bagi yang beringat2...duit KWSP tadi akan dilabur....mungkin ke dalam Public Mutual...mungkin juga buat beli aset...rumah...tanah...

Tapi...adakah kehidupan kita akan berubah 100% dengan hanya pertambahan kembali dalam pendapatan sebanyak 11% setiap bulan? Jawapannya tidak....mungkin berubah sikit la...tapi takde orang nak perasan pun...

Berbalik pada wang pencen...cukup tak?

Macammana kalau kita ada wang pencen dan KWSP sekaligus semasa kita bersara kelak....mungkin usia senja kita akan lebih menarik...

Umrah setahun sekali...Honeymoon buat kali yang ke 2..3..4..5..dan seterusnya...buat amal jariah...terlibat dengan majlis2 ilmu...join the club (bukan night club ye..) atau menadah kitab di pondok2...dengan penuh ketenangan...kepala tak runsing...pencen masuk...saving banyak...kebebasan kewangan secara total....


Semua ini boleh kita jadikan kenyataan melalui simpanan secara tetap ke dalam akaun pelaburan i.e Public Mutual...yang boleh memberi pulangan konsisten...dan jadikan pelaburan ini sebagai "KWSP" kita...tetapkan jumlah pelaburan sepertimana potongan KWSP terdahulu dan buat auto debit...

Sama macam caruman KWSP kita dulu...pelaburan kita akan berkembang secara konsisten....dan kali ini 100% pelaburan kita patuh syariah dan pulangan lebih tinggi dari KWSP...

Jadi...tak ada apa yang kurangnya jika kita continue melabur menggunakan jumlah caruman KWSP kita sebelum ini...kalau sebelum ni wang gaji dipotong masuk ke KWSP kita masih hidup sihat wal afiat...melabur setiap bulan ke dalam Public Mutual pun tak akan membuatkan kita kebuluran....fikir-fikirlah wahai orang yang kerja "gomen"....



Jangan jadikan ini satu dilema...pilih skim pencen...teruskanlah melabur...bila time pencen...sambil borak kedai kopi...kita boleh berkata:

"aku ada pencen...tapi aku ada jugak 'KWSP'...kau ada?"

3 Response to "Dilema Penjawat Awam"

.
gravatar
Anonymous Says....

aslm.

sy br beberapa bulan bekerja dan berminat utk melabur dlm public mutual. tapi sy belum sah jawatan dan gaji masih ditolak ke kwsp. boleh ke sementara belum sah jawatan ni, caruman sy ke kwsp ditolak utk melabur dlm public mutual? selepas sah jawatan saya akan memilih pencen.

.
gravatar
Ahmad Suhaili Hassan Says....

boleh jika cukup kelayakan pengeluaran...ini bergantung kepada jumlah simpanan dalam akaun 1 kwsp semasa dan juga umur pencarum sendiri...sila hubungi saya untuk penjelasan..

.
gravatar
Mr Paktam Says....

saya merupakan pekerja swasta,nak tanya selepas 3tahun berkhidmat adakah penjawat awam akan menerima semua jumlah duit dalam akaun kwsp sekiranya mereka memilih skim pencen? atau hanya menerima bebapa peratus dari simpanan dalm kwsp?

Leave A Reply