Monday, November 23, 2009

Zakat KWSP

Posted on Monday, November 23, 2009 by Ahmad Suhaili Hassan

Zakat KWSP

Sumber : Utusan Malaysia 17 April 2009

Soalan

Tindakan manakah yang lebih afdal bagi saya apabila mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sama ada saya menunaikan terus zakatnya atau ditangguhkan terlebih dahulu?

Jawapan

Bagi menjawab soalan ini, pertamanya suka dinyatakan bahawa menyegerakan pembayaran zakat adalah sangat digalakkan. Ini kerana, kemungkinan besar apabila menunggu selepas setahun, maka wang KWSP itu sudah pun habis digunakan dan bakinya sudah terkurang daripada nisab untuk dizakatkan.
Firman Allah SWT: Maka berlumba-lumbalah kamu dalam membuat amal kebaikan. (al-Baqarah: 148).

Walau bagaimanapun, memang ada pendapat kedua yang membolehkan seseorang itu menangguhkan pembayaran sehingga selepas setahun.
Ini kerana, apabila dikeluarkan wang KWSP maka kala itu, pemilik baharu sahaja mendapatnya. Ia masih belum cukup tempoh setahun (haul) bagi dikeluarkan zakatnya.
Jika merujuk kepada amalan di Selangor, adalah digalakkan kepada penerima wang KWSP untuk bersegera menunaikan zakatnya.

Ini kerana, di kalangan sahabat Nabi SAW sendiri, memang ada yang menunaikan zakat sebelum haulnya (hadis al-Abbas daripada Abu Daud dan Ibn Majah).
Jika ditakuti selepas setahun habis wang itu digunakan, maka eloklah segera berzakat. Inilah amalan yang digalakkan di sisi Islam lagi terpuji sifatnya.

No Response to "Zakat KWSP"

Leave A Reply